
Bangi Condo De' Pelangi Homestay
017 - 964 1023
to make a reservation now

Terma & Syarat:
-
Tetamu adalah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram, atau kumpulan rakan yang sama jantina sahaja. Dengan kata lain, Pasangan yang tidak berkahwin atau kumpulan yang terdiri daripada berlainan jantina (bukan mahram) adalah sama sekali TIDAK dibenarkan menyewa bersama.
-
TIDAK dibenarkan menjalankan kegiatan yang menyalahi undang-undang serta menjadikan BCD Homestay sebagai tempat maksiat dan aktiviti yang tidak bermoral. Sebarang kesalahan yang dilakukan adalah atas tindakan dan tanggungjawab tetamu itu sendiri dan BCD Homestay TIDAK BERTANGGUNGJAWAB dan tiada kaitan dengan masalah yang timbul. Pengurusan BCD Homestay mempunyai hak untuk tidak menerima penyewa tanpa mengemukakan sebab.
-
Waktu “check-in” adalah 2.00 petang dan “Check-out” 12.00 tengahari keesokannya.
-
Penghuni mestilah TIDAK melebihi 10 orang.
-
Baki bayaran penginapan hendaklah dijelaskan sepenuhnya bersama deposit keselamatan sebanyak RM100.00 semasa “Check-in”.
-
Hanya separuh (1/2) daripada bayaran tempahan sahaja yang akan dipulangkan jika tempahan dibatalkan oleh pihak penghuni dalam tempoh kurang daripada 5 hari dari tarikh tempahan, walaubagaimanapun pemulangan sepenuhnya bergantung di atas budibicara pengurusan BCD Homestay.
-
Barang-barang dalam inventori adalah hak milik BCD Homestay. Ganti rugi bagi sebarang kerosakan dan kehilangan harta benda / hak milik BCD Homestay yang disebabkan kecuaian tetamu akan ditanggung oleh tetamu sendiri.
-
Tetamu harus menjaga kebersihan premis dan kawasan persekitaran sepanjang masa menginap, segala sampah sarap hendaklah dimasukan ke dalam tong sampah yang telah disediakan. Tidak dibenarkan membuang lampin / tuala wanita ke dalam mangkuk tandas.
-
Menggunakan dan menjaga kemudahan yang disediakan di BCD Homestay dengan cara berhemah. Sila matikan semua peralatan elektrik dan dapur selepas digunakan. Pastikan menutup suis, kipas, plug, lampu, pendingin hawa, dapur gas dan sebagainya bila meninggalkan rumah atau apabila tidak menggunakannya.
-
Sebarang kerosakan air/ eletrik hendaklah dilaporkan segera kepada pengurus homestay.
-
Memastikan semua pintu dan tingkap ditutup/kunci bila meninggalkan rumah atau tidur waktu siang dan malam.
-
Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan.
-
Menjaga adab-adab kejiranan, tidak membuat bising dan menghormati hak-hak penduduk tetap.
-
Meletakkan kenderaan di tempat yang betul dan tidak menghalang lalu lintas.
-
Keseluruhan kawasan dalam BCD Homestay adalah kawasan TIDAK merokok….kecuali di Balcony sahaja.
-
Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab atas apa jua tuntutan pampasan / gantirugi terhadap sebarang kehilangan, kerosakan, kemusnahan, kemalangan, kecederaan yang berlaku sepanjang tempoh menginap. Semuanya terletak atas tanggungjawab penghuni sendiri.
-
Harap Maklum. Pengurus akan buat pemeriksaan sebelum penerimaan kunci (Check out) dan pemulangan deposit.
-
Setelah anda membuat bayaran tempahan, ini bermakna anda telah memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan.